Archway Bubu is a new iconic entrance in the Kampung Punggai and becomes the identity for the place. The structure is located in the Jetty area. The material used is wood that shows the image of Kampung Punggai. This design has unique and interesting from the composition of the elements of the traditional fishing tool that is Bubu Ikan. A combination of bamboo elements and wire can show a design of cultural elements in this village. Archway Bubu is symbolic of the area of Kampung Punggai, which is the center area for collecting fresh seafood and fishermen's settlement area. Archway serves as an entrance of Jetty Kampung Punggai that shows the identity of Punggai village. It can also be a sense of welcoming and can attract visitors.
Saturday, 5 June 2021
Thursday, 2 February 2017
Thursday, 6 October 2016
TAJUK:
SEJARAH PERKEMBANGAN MASYARAKAT SIAM DI KAMPUNG TANJUNG, MUKIM PEDU,PADANG
TERAP ,KEDAH DARI TAHUN 1950 HINGGA TAHUN 2000.
PENGENALAN
Kedatangan
orang Siam ke Tanah Melayu amnya dan ke Kedah khasnya tidaklah seperti
kedatangan kaum-kaum imigran yang lain seperti India ataupun Cina. Kedatangan masyarakat Siam ke Kedah bukanlah
kedatangan yang dirancang untuk memenuhi keperluan kuasa kolonial. Kedatangan golongan ini lebih merupakan
lanjutan dari peristiwa yang telah wujud sebelumnya seperti peperangan ataupun
krisis ekonomi yang teruk yang memaksa
mereka melakukan penghijrahan. Pada
bulan April 1948 pasukan polis dan tentera Bangkok telah menyerbu sekumpulan
penduduk Patani yang sedang membuat ibadat di daerah Dusun Nyior Benghara.
Dalam serbuan itu seramai 266 orang telah mati dan beribu-ribu yang lainnya
telah lari masuk ke Tanah Melayu.
Di
samping krisis ekonomi, tindakan pemerintah Siam terhadap penduduk di bahagian
Selatan Thai dan juga peperangan yang berlaku antara Siam dan Kedah terdapat
satu golongan orang Thai yang dikenali sebagai Sam-Sam Siam sengaja dibawa
masuk ke Kedah semasa berlakunya peperangan. Golongan Sam-Sam ini dipercayai
berasal dari tawanan-tawanan perang Siam yang terdiri orang-orang Melayu yang
ditangkap semasa Perang Kedah Siam pada abad ke 14. Mereka ini dibawa balik ke Siam dan kemudian
keturunan mereka inilah di bawa balik ke Kedah semula pada abad ke 19, iaitu
semasa Kedah berperang dengan Siam. Pada
masa sekarang golongan ini terdapat di Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan
Kroh.1 Kampung Tanjung ini
termasuk dalam daerah Padang Terap.
ASAL-USUL
MASYARAKAT KAMPUNG TANJUNG DI KAMPUNG TANJUNG,MUKIM PEDU,KEDAH.
Kewujudan masyarakat siam di Kampung
Tanjung, Mukim Pedu, Kedah telah dibawa oleh pihak British.
Kampung Tanjung berasal daripada nama pokok iaitu pokok tanjung. Dahulu kampung ini dikenali sebagai Kem Pedu
dan nama terdahulu kampung tersebut ialah Barn Klong Sai. Di panggil Kem Pedu
kerana kewujudan masyarakat siam ini dahulunya dikumpul di sesuatu tempat. Selepas
itu penduduk di kampung ini telah mula membuat penempatan tetap dan sehingga
kini kampung tersebut semakin berkembang luas dan maju. Susunan penempatan mereka di kampung tersebut
sangat teratur dan kemudahan jalan sangat baik. Dahulu kehidupan mereka
sangat susah dan kini mereka hidup dengan selesa serta aman. Kemudahan di kampung ini telah banyak
diwujudkan seperti sekolah, balai polis dan sebagainya. Majoriti
masyarakat di sini ialah masyarakat siam.
Kebanyakan penduduk di situ adalah saudara – mara yang terdekat. Kemudahan untuk menunaikan ibadah telah dibina.
Wat dibina tidak jauh dari penempatan mereka. Semakin tahun bertambah, semakin maju pembinanan di wat. Dahulu hanya kecil
sahaja mereka membina tempat untuk beribadat semakin luas. Masyarakat siam
mempunyai adat dan kebudayaan yang unik dan berbeza dengan kaum lain. Adat resam yang diamalkan oleh mereka adalah warisan
turun temurun. Dari segi pekembangan ekonomi, politik, taraf pendidikan dan
sosial juga baik. Perkembangan ekonomi
di kampung ini semakin bertambah. Hal
ini juga bergantung kepada taraf pendidikan di kampung tersebut. Jelaslah
bahawa masyarakat siam di Kampung Tanjung ini mempunyai perkembangan yang
semakin berkembang meluas dan sistem pendidikan yang semakin tersusun.2
PERKEMBANGAN ADAT RESAM
MASYARAKAT SIAM DI KAMPUNG TANJUNG
ADAT PERKAHWINAN
Adat perkahwinan masyarakat siam hampir
sama seperti masyarakat lain . Adat perkahwinan mereka juga melalui proses yang
sama seperti meminang, akad nikah dan bersanding.
ADAT MEMINANG
Adat meminang masyarakat siam akan
diadakan selepas kedua-dua pihak lelaki dan perempuan yang telah memenuhi
syarat-syarat peminangan iaitu bakal pengantin perempuan sudah cukup umur, belum
berpunya dan sebagainya. Ketika majlis
meminang ini dijalankan, pihak pengantin perempuan akan menentukan atau
meletakkan wang perbelanjaan dan mas perkahwinan. Kebanyakan hantaran belanja adalah mengikut
taraf kedudukan ekonomi kedua – dua pihak .
MAJLIS PERKAHWINAN
Kebiasaannya mandi bunga dilakukan pada
waktu malam sebelum kahwin. Selain itu juga majlis perkahwinan diadakan dengan
menjemput saudara mara atau orang-orang
yang berdekatan dengan kawasan rumah sahaja, diadakan secara bergotong
–royong dan menghidangkan sajian secara makan berhidang . Dalam masyarakat
siam, perkahwinan hanya dilakukan di rumah pengantin perempuaan.Manakala di
rumah pengantin lelaki pula hanya menggalakkan mengadakan majlis yang serba ringkas sahaja. Hal ini demikian kerana
masyarakat siam mempercayai bahawa majlis perkahwianan yang hanya diadakan di
rumah pengantin perempuan dapat
mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pihak .3
ADAT
KEMATIAN
Adat
kematian dalam masyarakat siam berbeza dengan masyarakat lain kerana
mengamalkan adat istiadat yang
berbeza antara kanak –kanak, kematian perempuan bersalin, orang dewasa dan sami
ADAT
KEMATIAN ORANG DEWASA
Sekiranya berlaku kematian ,orang
pertama yang akan dijemput ialah tok bomoh .Tok bomoh akan menjampikan agar roh
akan berada dalam suasana aman, tok bomoh juga akan memandikan mayat dan
dibungkuskan seluruh tubuh badannya dengan kain putih . Selepas itu,mayat
tersebut akan dimasukan ke dalam keranda . Seterusnya, tok bomoh akan
menentukan hari yang sesuai untuk dibakar . Kebiasaannya mayat tersebut akan disimpan
selama tiga malam di rumah mayat itu. Apabila sudah tiba masa yang sesuai untuk
dibakar, ahli keluarga tidak boleh membuat sebarang majlis. Contohnya, sekiranya
mayat itu dibakar pada hari Isnin, maka hari Selasa ahli keluarga tersebut
tidak boleh membuat sebarang kenduri atau keramaian. Perkara tersebut di amalkan keranan untuk menunjukkan
tanda rasa kesedihan dan menghormati mayat. Pada hari,yang seterusnya, kenduri
perlu diadakan dan para sami dijemput untuk membaca doa. Hal ini demikian
kerana pada pagi tersebut ,ahli keluarga perlu mengutip tulang mayat yang telah
dibakar itu. Tulang tersebut akan dibalut dengan kain putih dan akan ditanam di
ke dalam sebuah baling seterusnya dalam tanah.
ADAT KEMATIAN KANAK-KANAK.
Adat
kematian kanak-kanak berbeza dengan adat kematian orang dewasa.Mayat
kanak-kanak tidak boleh disimpan terlalu lama di rumah. Hal ini demikian kerana
jika mayat itu disimpan terlalu lama, masyarakat akan menganggap ibu bapa mayat
kanak-kanak itu cuba menyeksakan mayat. Mayat kanak-kanak akan dikebumikan pada
hari itu juga dan selewat-leawatnya pada keesokan harinya. Mayat kanak-kanak
tidak akan dibakar kerana dianggap suci dan tidak lagi membuat dosa.
ADAT KEMATIAN BAGI PEREMPUAN YANG BERSALIN
Mayat perempuan
yang bersalin juga tidak boleh disimpan terlalu lama dan tidak akan dibakar.
Setelah dimandikan dan dikapankan mayat tersebut akan dikebumikan tanpa memilih
hari. Sekiranya bayi tersebut meninggal dunia, mayat bayi tersebut akan
dikebumikan bersama ibunya.
ADAT KEMATIAN SAMI
Kebiasaanya
mayat bagi seorang sami akan disimpan lebih lama. Hal ini kerana untuk menghargai jasa sami dan
mayat sami akan disimpan di dalam wat. Mayat sami akan disimpan bergantung kepada berapa lama sami itu
berkhidmat sebagai sami. Ada juga mayat
akan disimpan di dalam wat lebih 2 tahun. Hal ini kerana sami dianggap orang
yang suci ,kuat imannya dan menjadi wali pada Tahun Buddha. Mayat sami tersebut akan disuntik supaya mayat
sami itu tidak akan menjadi busuk. Dahulu mayat sami itu dibakar menggunakan
kayu api tetapi kini mereka dibakar menggunakan elektrik atau gas. Hal ini mahu membezakan adat kematian sami berbanding
dengan kematian lain. Upacara membakar
dijalankan dengan mayat sami akan diangkat berdiri selama berapa lamanya untuk
memberi penghormatan buat kali terakhir kepada sami tersebut. Tulangnya akan
dikutip oleh para sami yang lain dan dicuci. Tulang tersebut akan dibalut
dengan kain kuning seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah peti dan
diletakan ke dalam pagoda yang terdapat di dalam kawasan wat itu.4
KEBUDAYAAN MASYARAKAT SIAM .
PERAYAAN
PERAYAAN CHENG BENG
Setiap tahun
pada tanggal 5 April adalah hari cheng
beng . Orang akan ramai-ramai pergi ke
tempat pemakaman orang tua untuk
melakukan upacara penghormatan . Upacara
penghormatan ini ialah membersihkan kubur, dan membakar kertas. Ianya dikenali sebagai Gincua. Mereka
menganggap bahawa membakar kertas akan menghantar pesanan atau surat kepada roh
si mati. Perayaan Cheng beng adalah
salah satu daripada 24 bulan yang ditentukan berdasarkan posisi bumi terhadap
matahari. Cheng bererti cerah dan beng bererti terang . Apabila digabungkan iaitu Cheng Beng bererti
terang dan cerah.5
PERAYAAN MASUK SAMI
Seseorang yang
bakal memasuki alam sami akan diberi kursus dahulu sebelum menerimanya. Bakal-bakal
sami tersebut diminta untuk membuat pemeriksaan atau pengesahan perubatan untuk
memastikan agar mereka sihat dan bersih dari segala penagihan iaitu daripada
arak, rokok, dadah dan sebagainya. Sekiranya
bakal-bakal sami tersebut tidak bersedia atau tidak melepasi pemeriksaan
perubatan, maka mereka harus dihalang menjadi sami.6
PERAYAAN LOY KRATHONG
Perayaan
Krathong merupakan satu perayaan
yang disambut oleh penganut Buddha
(siam) yang disambut semasa bulan purnama pada bulan 12. Perayaan tersebut dikenali sebagai Loy
Krathong di mana Loy bererti mengapung dan krathong pula bererti bebas daun
pisang berbentuk teratai. Perayaan
tersebut adalah bagi penganut Buddha (keturunan siam ) menunjukkan rasa
berterima kasih kepada Dewi Air dengan melancarkan beribu-ribu bekas berbentuk
bunga teratai yang dihiasi bunga, duit syiling, lilin dan colok. Penganut Buddha percaya bahawa krathong mampu
menghayutkan dosa,nasib malang dan penderitaan apabila dibebaskan ke dalam
laut.7
PERAYAAN SONGKRAN
Perkataan songkran
bermaksud perpindahan, peralihan atau penghijrahan. Hari songkran ialah hari peralihan tahun
iaitu bulan kedua belas atau bulan terakhir tahun mengikut kalendar siam. Pesta
ini menjadi detik yang ditunggu-tunggukan oleh semua masyarakat siam. Pesta ini telah diamalkan sejak turun-temurun
lagi. Pesta ini disambut oleh golongan
remaja dan kanak-kanak untuk memohon maaf serta meminta restu daripada orang
yang tua-tua seperti ibu bapa guru dan juga sami.Perkara ini sebagai lambang
kemaafan. Dalam pestaini juga golongan orang tua-tua akan dimandikan iaitu
menyiram dengan air yang bersih dan wangian di atas tapak tangan, kaki dan
anggota badan yang lain. Sebelum membuat
sedemikian kedapa golongan orang tua-tua, golongan muda perlu meminta izin atau
kebenaran terlebih dahulu sebelum menyiram. Ketika sedang dimandikan oleh
golongan muda tersebut, golongan orang tua-tua ini akan mendoakan kebahagiaan
kepada generasi muda atau anak-anak serta cucu mereka. Di samping itu, golongan muda akan menggunakan
peluang pada hari itu untuk menyimbah air kepada rakan-rakan untuk tujuan
berseronok. Pesta ini juga dianggap sebagai ‘Pesta Air’.8
KEPERCAYAAN MASYARAKAT SIAM
Masyarakat siam
mempunyai kepercayan yang berbeza dan unit. Antara kepercayaan yang diamalkan oleh
masyarakat siam ialah menora ,silat ,takyai,kha phiaa dan Mak Yong.
KEPERCAYAAN MAK YONG
Mak Yong
diasaskan oleh kerajaan Patani yang merupakan sebahagian daripada Thailand. Menurut
Hikayat Pattani ,Mak Yong dibawa iaitu lebih 200 tahun dahulu. Dari situ ia berkembang ke merata kampung. Pada akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi
kumpulan Mak Yong .9
KEPERCAYAAN
MENORA
Menora adalah
upacara nenek moyang mengikut kepercayan masyarakat siam. Upacara ini mengikut
kepercayaan masyarakat siam untuk menyembuh penyakit misteri yang tiada ubatan
moden iaitu di mana roh nenek moyang yang telah meninggal dunia akan dipanggil
dan memasuki badan anak, cucu atau cicit yang terpilih sahaja. Selepas itu roh
nenek moyang tersebut akan mengubati penyakit misteri. Upacara ini akn diadakan
setiap tahun mengikut kalenda masyarakat siam iaitu sekitar bulan 6 atau bulan
7.10
KEPERCAYAAN SILAT DALAM MASAYARAKAT SIAM
Seni silat begitu sinonim dengan bangsa
Melayu. Namun begitu masyarakat siam juga
mempercayai silat dalam kepercayaan mereka. Ia wujud sejak zaman-berzaman. Ia juga merupakan ilmu untuk melindungi diri
daripada musuh. Ilmu silat ini juga di percayai
akan memberi kuasa seperti ilmu kebal. Oleh
itu, silat ini menjadi kepercayaan dalam masyarakat siam .
KEPERCAYAAN TAKYAI
Dalam masyarakat siam Takyai dipercayai ialah cara merawat penyakit yang
tidak boleh dirawat menggunakan rawatan moden . Takyai ini hanya digunakan untuk merawat
penyakit orang perempuan sahaja.
Biasanya dilakukan pada bulan Mei dan diubati oleh bomoh yang terpilih. Selain itu, takyai ini dikenali sebgai tarian
kipas . Jika pesakit tersebut melakukan
tarian takyai, pesakit itu akan hilang penyakitnya itu. Seterusnya, tepung dan dituangkan sedikit air
untuk dijadikan uabt atau penawar kepada pesakit.
SENI PERTAHANAN DIRI
MUAY
THAI
Menyedari
tarikan Muay Thai sebagai seni mempertahankan diri popular, pusat kecergasan
terkenal Celebrity Fitness mengambil inisiatif menganjurkan bengkel Muay Thai
di cawangannya di kompleks beli-belah One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya,
baru-baru. Lebih istimewa, bengkel Muay Thai yang julung kali dianjurkan itu
menampilkan tiga jaguh yang mencipta kejayaan luar biasa dalam seni
mempertahankan diri berusia lebih 2,000 tahun itu. Mereka ialah Wes Jaya yang juga peserta
rancangan realiti Contender Asia II; pemegang tali pinggang berganda Muay Thai,
Q Eikkasit dan Lee, pemenang juara dunia Muay Thai. Pengurus Pemasaran Celebrity Fitness, Michael
Andreas, berkata pihaknya lebih gemar menampilkan elemen berbeza dalam modul
kecergasan seperti bengkel Muay Thai demi kepuasan pelanggan.11
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT SIAM
Lelaki
memakai seluar besar pha nung atau jong krabeng dan berbaju kain kapas sebagai
pakaian harian. Wanita memakai pakaian rasmi iaitu kain sarung pha sin dari
songket, baju pendek dan selendang panjang pha sabai.Ada juga, Lelaki memakai pakaian petani dan wanita
memakai sarung dan kemban pha sabai. Pakaian rakyat atau
petani. Baju berlengan pendek dan seluar
jong krabeng dari tenunan broked thai. Pakaian
wanita baju pendek dan sarung serta selendang pha sebai. Lelaki memakai baju rasmi dan seluar jong
krabeng.Selain itu, Wanita memakai
pakaian rasmi rakyat iaitu kain sarung dari songket, baju pendek dan selendang
panjang pha sabai dari kain kapas bersulam tebuk terus dan benang emas. Wanita
yang memakai baju pendek dan sarung songket serta selendang pha sebai. Lelaki memakai pakaian petani, menggunakan
fabric broked dan songket.12
PERKEMBANGAN MASYARAKAT SIAM DARI TAHUN 1950 HINGGA TAHUN 2000
PERKEMBANGAN DARI ASPEK EKONOMI.
Penduduk kampung ini digolongkan sebagai
kumpulan yang sederhana .Kebanyakan penduduk kampung Tanjung ini bergantung
kepada hasil pertanian dan penternakan sahaja. Pada awal tahun 1950-an nilai mata wang iaitu 10 sen boleh membeli dalam anggaran empat barang. Antara kegiatan pertanian yang dijalankan
ialah sawah padi huma, getah, ubi kayu, sayur-sayuran dan buah-buahan . Kegiatan ini dijalankan hanya untuk menyara
diri. Selain daripada kegiatan ini, penduduk kampung dahulu juga menjalankan
kegiatan penternakan iaitu membela khinzir
untuk dijual dengan mengikut anggaran
timbangan pada zaman dahulu iaitu 1 pikul berharga RM12. Hal ini dapat menambahkan lagi pendapatan
mereka pada masa itu.13
PERKEMBANGAN DALAM PENDIDIKAN
Pada pra-kemerdekaan, pendidikan telah
mula diwujudkan di Kampung Tanjung seperti sekolah Melayu. Sekolah ini hanya untuk orang-orang dewasa
sahaja iaitu dinamakan Sekolah Dewasa.
Guru yang pertama telah berkhidmat
disekolah tersebut ialah Cikgu AhTeik. Pada ketika itu, pelajar-pelajar yang
telah tamat pelajarannya pada darjah, pelajar tersebut boleh memohon menjadi
guru . Di mana pada ketika itu, umur tidak ada had untuk menjadi guru.
Manakala Basa Thai juga telah dijalankan di dalam wat-wat siam. Guru yang
pertamanya ialah Cikgu Phrak Phom. Kemudian, selepas guru tersebut ada pula guru
pengganti iaitu Endin Prom. Seterusnya, ketika pada zaman Pasca Kemerdekaan pula sistem
pendidikan semakin berubah. Pembangunan sekolah
telah mula diwujudkan dan dibina untuk kegunakan pendidikan supaya dapat
menampung jumlah pelajar serta dapat memberi keselesaan untuk menuntut ilmu. Seramai
5 orang yang berasal daripada Kampung Tanjung juga telah melanjutkan pelajaran.
Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat siam di kampung ini mempunyai
semangat untuk menuntut ilmu hingga ke menara gading.14
KESIMPULAN
Masyarakat siam di Malaysia kaya dengan
warisannya yang tersendiri. Kekayaan warisan masyarakat siam ini dapat
melahirkan kepelbagaian warisan dan budaya yang dapat menarik perhatian
pelancong dari dalam dan di luar negara bagi melawat ke negeri yang mempunyai
masyarakat siam terutamanya di Kampung Tanjung, Mukim Pedu, Kedah. Oleh
itu, kita perlu berasa bangga kerana negara kita mempunyai pelbagai bangsa. Dari segi aspek ekonomi pula,banyak sumbangan
mereka telah diberi contohnya kini
masyarakat siam sudah bijak untuk mendapatkan pendapatan mereka sendiri. Pelbagai bidang pekerjaan yang telah mereka
cemuri seperti membuka perniagaan sendiri, membuka syarikat sendiri, menjalankan
pertanian dan sebgainya. Kesimpulannya,
masyarakat siam di Kampung Tanjung ini
merupakan sebahagian daripada kaum-kaum yang terdapat di negeri
Kedah serta Negara Malaysia. Walaupun masyarakat siam ini berbentuk kaum mejoriti
di negara Malaysia tetapi mereka mendapat layanan yang sama kerajaan neraga
Malaysia sama ada dari segi politik ekonomi dan sosial.
Wat ini telah dibina sekitar tahun
1950-an untuk kemudahan masyarakat siam menunaikan ibadah mereka di Kampung
Tanjung, Mukim Pedu, Kedah.
Sumber
Lawatan tempat
kajian Kampung Tanjung, Mukim Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah 26 Febuari 2016.
Lawatan tempat
kajian, Wat Phikulthararam, Kampung Tanjung, Mukim Pedu, 06300 Kuala Nerang,
Kedah.
Temu ramah
penduduk Kampung Tanjung, Mukim Pedu, 06300 Kuala Nerang, Tong Dam A/P Chau
Nuan .
Saturday, 4 June 2016
PROGRAM JELAJAH RAMADHAN
Alhamdulillah program hari ini berjalan dengan lancar. Aktiviti bergotong -royong di Masjid FELCA Kubang Kenying. Berkhidmat selalu.. alpha rovers padang terap.
Thursday, 2 June 2016
SELAMAT HARI GURU 16/05/16
Tahun ini sambutan hari guru sangat meriah. hebatt Smk Naka,Kedah. Semua cikgu bersemangat pakai baju sekolah .
Hebatt.. Smk Naka i love u
Kem
Kem ni mmg best dan baik pengalaman yg dapat .. memang waauuu laaa... haha... rugi sapa x join.. tempat kem pon cantik.. berhampiran dgn sempadan iaitu di gua kelam,perlis. #pra U. Daerah padang terap, kedah
Subscribe to:
Posts (Atom)