Thursday, 6 October 2016


TAJUK: SEJARAH PERKEMBANGAN MASYARAKAT SIAM DI KAMPUNG TANJUNG, MUKIM PEDU,PADANG TERAP ,KEDAH DARI TAHUN 1950 HINGGA TAHUN 2000.

    PENGENALAN
Kedatangan orang Siam ke Tanah Melayu amnya dan ke Kedah khasnya tidaklah seperti kedatangan kaum-kaum imigran yang lain seperti India ataupun Cina.  Kedatangan masyarakat Siam ke Kedah bukanlah kedatangan yang dirancang untuk memenuhi keperluan kuasa kolonial.  Kedatangan golongan ini lebih merupakan lanjutan dari peristiwa yang telah wujud sebelumnya seperti peperangan ataupun krisis ekonomi yang  teruk yang memaksa mereka melakukan penghijrahan.   Pada bulan April 1948 pasukan polis dan tentera Bangkok telah menyerbu sekumpulan penduduk Patani yang sedang membuat ibadat di daerah Dusun Nyior Benghara. Dalam serbuan itu seramai 266 orang telah mati dan beribu-ribu yang lainnya telah lari masuk ke Tanah Melayu.
     Di samping krisis ekonomi, tindakan pemerintah Siam terhadap penduduk di bahagian Selatan Thai dan juga peperangan yang berlaku antara Siam dan Kedah terdapat satu golongan orang Thai yang dikenali sebagai Sam-Sam Siam sengaja dibawa masuk ke Kedah semasa berlakunya peperangan. Golongan Sam-Sam ini dipercayai berasal dari tawanan-tawanan perang Siam yang terdiri orang-orang Melayu yang ditangkap semasa Perang Kedah Siam pada abad ke 14.  Mereka ini dibawa balik ke Siam dan kemudian keturunan mereka inilah di bawa balik ke Kedah semula pada abad ke 19, iaitu semasa Kedah berperang dengan Siam.  Pada masa sekarang golongan ini terdapat di Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Kroh.1  Kampung Tanjung ini termasuk dalam daerah Padang Terap.


 ASAL-USUL MASYARAKAT KAMPUNG TANJUNG DI KAMPUNG TANJUNG,MUKIM PEDU,KEDAH.

        Kewujudan masyarakat siam di Kampung Tanjung,  Mukim Pedu,  Kedah telah dibawa oleh pihak  British.  Kampung Tanjung berasal daripada nama pokok iaitu pokok tanjung.  Dahulu kampung ini dikenali sebagai Kem Pedu dan nama terdahulu kampung tersebut ialah Barn Klong Sai. Di panggil Kem Pedu kerana kewujudan masyarakat siam ini dahulunya dikumpul di sesuatu tempat. Selepas itu penduduk di kampung ini telah mula membuat penempatan tetap dan sehingga kini kampung tersebut semakin berkembang luas dan maju.  Susunan penempatan mereka di kampung tersebut sangat teratur dan kemudahan jalan sangat baik.  Dahulu kehidupan mereka sangat susah dan kini mereka hidup dengan selesa serta aman.  Kemudahan di kampung ini telah banyak diwujudkan seperti sekolah, balai polis dan sebagainya.   Majoriti masyarakat di sini ialah masyarakat siam.  Kebanyakan penduduk di situ adalah saudara – mara yang terdekat.  Kemudahan untuk menunaikan ibadah telah dibina. Wat dibina tidak jauh dari penempatan mereka. Semakin tahun bertambah,  semakin maju pembinanan di wat. Dahulu hanya kecil sahaja mereka membina tempat untuk beribadat semakin luas. Masyarakat siam mempunyai adat dan kebudayaan yang unik dan berbeza dengan kaum lain.  Adat resam yang diamalkan oleh mereka adalah warisan turun temurun. Dari segi pekembangan ekonomi, politik, taraf pendidikan dan sosial juga baik.  Perkembangan ekonomi di kampung ini semakin bertambah.  Hal ini juga bergantung kepada taraf pendidikan di kampung tersebut. Jelaslah bahawa masyarakat siam di Kampung Tanjung ini mempunyai perkembangan yang semakin berkembang meluas dan sistem pendidikan yang semakin tersusun.2


   PERKEMBANGAN ADAT RESAM MASYARAKAT SIAM DI KAMPUNG TANJUNG

 ADAT PERKAHWINAN
Adat perkahwinan masyarakat siam hampir sama seperti masyarakat lain . Adat perkahwinan mereka juga melalui proses yang sama seperti meminang, akad nikah dan bersanding.

        ADAT MEMINANG
Adat meminang masyarakat siam akan diadakan selepas kedua-dua pihak lelaki dan perempuan yang telah memenuhi syarat-syarat peminangan iaitu bakal pengantin perempuan sudah cukup umur, belum berpunya dan sebagainya.  Ketika majlis meminang ini dijalankan, pihak pengantin perempuan akan menentukan atau meletakkan wang perbelanjaan dan mas perkahwinan.  Kebanyakan hantaran belanja adalah mengikut taraf kedudukan ekonomi kedua – dua pihak .

                MAJLIS PERKAHWINAN

Kebiasaannya mandi bunga dilakukan pada waktu malam sebelum kahwin. Selain itu juga majlis perkahwinan diadakan dengan menjemput saudara mara atau orang-orang  yang berdekatan dengan kawasan rumah sahaja, diadakan secara bergotong –royong dan menghidangkan sajian secara makan berhidang . Dalam masyarakat siam, perkahwinan hanya dilakukan di rumah pengantin perempuaan.Manakala di rumah pengantin lelaki pula hanya menggalakkan mengadakan majlis yang  serba ringkas sahaja. Hal ini demikian kerana masyarakat siam mempercayai bahawa majlis perkahwianan yang hanya diadakan di rumah pengantin perempuan  dapat mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pihak .3


   ADAT KEMATIAN

 Adat kematian dalam masyarakat siam berbeza dengan masyarakat lain kerana mengamalkan adat           istiadat yang berbeza antara kanak –kanak, kematian perempuan bersalin, orang dewasa dan sami 

          ADAT KEMATIAN ORANG DEWASA
Sekiranya berlaku kematian ,orang pertama yang akan dijemput ialah tok bomoh .Tok bomoh akan menjampikan agar roh akan berada dalam suasana aman, tok bomoh juga akan memandikan mayat dan dibungkuskan seluruh tubuh badannya dengan kain putih . Selepas itu,mayat tersebut akan dimasukan ke dalam keranda . Seterusnya, tok bomoh akan menentukan hari yang sesuai untuk dibakar . Kebiasaannya mayat tersebut akan disimpan selama tiga malam di rumah mayat itu. Apabila sudah tiba masa yang sesuai untuk dibakar, ahli keluarga tidak boleh membuat sebarang majlis. Contohnya, sekiranya mayat itu dibakar pada hari Isnin, maka hari Selasa ahli keluarga tersebut tidak boleh membuat sebarang kenduri atau keramaian. Perkara  tersebut di amalkan keranan untuk menunjukkan tanda rasa kesedihan dan menghormati mayat. Pada hari,yang seterusnya, kenduri perlu diadakan dan para sami dijemput untuk membaca doa. Hal ini demikian kerana pada pagi tersebut ,ahli keluarga perlu mengutip tulang mayat yang telah dibakar itu. Tulang tersebut akan dibalut dengan kain putih dan akan ditanam di ke dalam sebuah baling seterusnya dalam tanah.


    ADAT KEMATIAN KANAK-KANAK.
Adat kematian kanak-kanak berbeza dengan adat kematian orang dewasa.Mayat kanak-kanak tidak boleh disimpan terlalu lama di rumah. Hal ini demikian kerana jika mayat itu disimpan terlalu lama, masyarakat akan menganggap ibu bapa mayat kanak-kanak itu cuba menyeksakan mayat. Mayat kanak-kanak akan dikebumikan pada hari itu juga dan selewat-leawatnya pada keesokan harinya. Mayat kanak-kanak tidak akan dibakar kerana dianggap suci dan tidak lagi membuat dosa.

    ADAT KEMATIAN BAGI PEREMPUAN YANG BERSALIN

Mayat perempuan yang bersalin juga tidak boleh disimpan terlalu lama dan tidak akan dibakar. Setelah dimandikan dan dikapankan mayat tersebut akan dikebumikan tanpa memilih hari. Sekiranya bayi tersebut meninggal dunia, mayat bayi tersebut akan dikebumikan bersama ibunya.

    ADAT KEMATIAN SAMI
Kebiasaanya mayat bagi seorang sami akan disimpan lebih lama.  Hal ini kerana untuk menghargai jasa sami dan mayat sami akan disimpan di dalam wat. Mayat sami akan disimpan  bergantung kepada berapa lama sami itu berkhidmat sebagai sami.  Ada juga mayat akan disimpan di dalam wat lebih 2 tahun. Hal ini kerana sami dianggap orang yang suci ,kuat imannya dan menjadi wali pada Tahun Buddha.  Mayat sami tersebut akan disuntik supaya mayat sami itu tidak akan menjadi busuk. Dahulu mayat sami itu dibakar menggunakan kayu api tetapi kini mereka dibakar menggunakan elektrik atau gas.  Hal ini mahu membezakan adat kematian sami berbanding dengan kematian lain. Upacara  membakar dijalankan dengan mayat sami akan diangkat berdiri selama berapa lamanya untuk memberi penghormatan buat kali terakhir kepada sami tersebut. Tulangnya akan dikutip oleh para sami yang lain dan dicuci. Tulang tersebut akan dibalut dengan kain kuning seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah peti dan diletakan ke dalam pagoda yang terdapat di dalam kawasan wat itu.4

   KEBUDAYAAN MASYARAKAT SIAM .

    PERAYAAN
       PERAYAAN CHENG BENG
Setiap tahun pada tanggal  5 April adalah hari cheng beng .  Orang akan ramai-ramai pergi ke tempat  pemakaman orang tua untuk melakukan upacara penghormatan .  Upacara penghormatan ini ialah membersihkan kubur, dan membakar kertas.  Ianya dikenali sebagai Gincua. Mereka menganggap bahawa membakar kertas akan menghantar pesanan atau surat kepada roh si mati.  Perayaan Cheng beng adalah salah satu daripada 24 bulan yang ditentukan berdasarkan posisi bumi terhadap matahari.   Cheng bererti cerah dan beng bererti terang .  Apabila digabungkan iaitu Cheng Beng bererti terang dan cerah.5

       PERAYAAN MASUK SAMI
Seseorang yang bakal memasuki alam sami akan diberi kursus dahulu sebelum menerimanya. Bakal-bakal sami tersebut diminta untuk membuat pemeriksaan atau pengesahan perubatan untuk memastikan agar mereka sihat dan bersih dari segala penagihan iaitu daripada arak, rokok, dadah dan sebagainya.  Sekiranya bakal-bakal sami tersebut tidak bersedia atau tidak melepasi pemeriksaan perubatan, maka mereka harus dihalang menjadi sami.6

      PERAYAAN LOY KRATHONG
Perayaan Krathong  merupakan satu perayaan yang  disambut oleh penganut Buddha (siam) yang disambut semasa bulan purnama pada bulan 12.  Perayaan tersebut dikenali sebagai Loy Krathong di mana Loy bererti mengapung dan krathong pula bererti bebas daun pisang berbentuk teratai.  Perayaan tersebut adalah bagi penganut Buddha (keturunan siam ) menunjukkan rasa berterima kasih kepada Dewi Air dengan melancarkan beribu-ribu bekas berbentuk bunga teratai yang dihiasi bunga, duit syiling, lilin dan colok.  Penganut Buddha percaya bahawa krathong mampu menghayutkan dosa,nasib malang dan penderitaan apabila dibebaskan ke dalam laut.7

   PERAYAAN SONGKRAN
Perkataan songkran bermaksud perpindahan, peralihan atau penghijrahan.  Hari songkran ialah hari peralihan tahun iaitu bulan kedua belas atau bulan terakhir tahun mengikut kalendar siam. Pesta ini menjadi detik yang ditunggu-tunggukan oleh semua masyarakat siam.  Pesta ini telah diamalkan sejak turun-temurun lagi.  Pesta ini disambut oleh golongan remaja dan kanak-kanak untuk memohon maaf serta meminta restu daripada orang yang tua-tua seperti ibu bapa guru dan juga sami.Perkara ini sebagai lambang kemaafan. Dalam pestaini juga golongan orang tua-tua akan dimandikan iaitu menyiram dengan air yang bersih dan wangian di atas tapak tangan, kaki dan anggota badan yang lain.  Sebelum membuat sedemikian kedapa golongan orang tua-tua, golongan muda perlu meminta izin atau kebenaran terlebih dahulu sebelum menyiram. Ketika sedang dimandikan oleh golongan muda tersebut, golongan orang tua-tua ini akan mendoakan kebahagiaan kepada generasi muda atau anak-anak serta cucu mereka.  Di samping itu, golongan muda akan menggunakan peluang pada hari itu untuk menyimbah air kepada rakan-rakan untuk tujuan berseronok. Pesta ini juga dianggap sebagai ‘Pesta Air’.8
  KEPERCAYAAN MASYARAKAT SIAM
Masyarakat siam mempunyai kepercayan yang berbeza dan unit.  Antara kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat siam ialah menora ,silat ,takyai,kha phiaa dan Mak Yong.

   KEPERCAYAAN MAK YONG
Mak Yong diasaskan oleh kerajaan Patani yang merupakan sebahagian daripada Thailand. Menurut Hikayat Pattani ,Mak Yong dibawa iaitu lebih 200 tahun dahulu.  Dari situ ia berkembang ke merata kampung.  Pada akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong .9



    KEPERCAYAAN MENORA
Menora adalah upacara nenek moyang mengikut kepercayan masyarakat siam. Upacara ini mengikut kepercayaan masyarakat siam untuk menyembuh penyakit misteri yang tiada ubatan moden iaitu di mana roh nenek moyang yang telah meninggal dunia akan dipanggil dan memasuki badan anak, cucu atau cicit yang terpilih sahaja. Selepas itu roh nenek moyang tersebut akan mengubati penyakit misteri. Upacara ini akn diadakan setiap tahun mengikut kalenda masyarakat siam iaitu sekitar bulan 6 atau bulan 7.10


  KEPERCAYAAN SILAT DALAM MASAYARAKAT SIAM
      Seni silat begitu sinonim dengan bangsa Melayu. Namun begitu masyarakat siam juga      mempercayai silat dalam kepercayaan mereka.  Ia wujud sejak zaman-berzaman.  Ia juga merupakan ilmu untuk melindungi diri daripada musuh.  Ilmu silat ini juga di percayai akan memberi kuasa seperti ilmu kebal.  Oleh itu, silat ini menjadi kepercayaan dalam masyarakat siam .

  KEPERCAYAAN TAKYAI

         Dalam masyarakat siam Takyai dipercayai ialah cara merawat penyakit yang tidak boleh dirawat menggunakan rawatan moden .   Takyai ini hanya digunakan untuk merawat penyakit orang perempuan sahaja.   Biasanya dilakukan pada bulan Mei dan diubati oleh bomoh yang terpilih.  Selain itu, takyai ini dikenali sebgai tarian kipas .  Jika pesakit tersebut melakukan tarian takyai, pesakit itu akan hilang penyakitnya itu.  Seterusnya, tepung dan dituangkan sedikit air untuk dijadikan uabt atau penawar kepada pesakit.



   SENI PERTAHANAN DIRI

 MUAY THAI
Menyedari tarikan Muay Thai sebagai seni mempertahankan diri popular, pusat kecergasan terkenal Celebrity Fitness mengambil inisiatif menganjurkan bengkel Muay Thai di cawangannya di kompleks beli-belah One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru. Lebih istimewa, bengkel Muay Thai yang julung kali dianjurkan itu menampilkan tiga jaguh yang mencipta kejayaan luar biasa dalam seni mempertahankan diri berusia lebih 2,000 tahun itu.  Mereka ialah Wes Jaya yang juga peserta rancangan realiti Contender Asia II; pemegang tali pinggang berganda Muay Thai, Q Eikkasit dan Lee, pemenang juara dunia Muay Thai.  Pengurus Pemasaran Celebrity Fitness, Michael Andreas, berkata pihaknya lebih gemar menampilkan elemen berbeza dalam modul kecergasan seperti bengkel Muay Thai demi kepuasan pelanggan.11

    


     PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT SIAM

Lelaki memakai seluar besar pha nung atau jong krabeng dan berbaju kain kapas sebagai pakaian harian. Wanita memakai pakaian rasmi iaitu kain sarung pha sin dari songket, baju pendek dan selendang panjang pha sabai.Ada juga, Lelaki memakai pakaian petani dan wanita memakai sarung dan kemban pha sabai.  Pakaian rakyat atau petani.  Baju berlengan pendek dan seluar jong krabeng dari tenunan broked thai. Pakaian wanita baju pendek dan sarung serta selendang pha sebai.  Lelaki memakai baju rasmi dan seluar jong krabeng.Selain itu, Wanita memakai pakaian rasmi rakyat iaitu kain sarung dari songket, baju pendek dan selendang panjang pha sabai dari kain kapas bersulam tebuk terus dan benang emas. Wanita yang memakai baju pendek dan sarung songket serta selendang pha sebai.  Lelaki memakai pakaian petani, menggunakan fabric broked dan songket.12



  PERKEMBANGAN MASYARAKAT SIAM  DARI TAHUN 1950 HINGGA TAHUN    2000

   PERKEMBANGAN DARI ASPEK EKONOMI.

Penduduk kampung ini digolongkan sebagai kumpulan yang sederhana .Kebanyakan penduduk kampung Tanjung ini bergantung kepada hasil pertanian dan penternakan sahaja.  Pada awal  tahun 1950-an nilai mata wang iaitu 10  sen boleh membeli dalam anggaran empat barang.  Antara kegiatan pertanian yang dijalankan ialah sawah padi huma, getah, ubi kayu, sayur-sayuran dan buah-buahan .  Kegiatan ini dijalankan hanya untuk menyara diri. Selain daripada kegiatan ini, penduduk kampung dahulu juga menjalankan kegiatan penternakan iaitu membela  khinzir untuk dijual dengan mengikut  anggaran timbangan pada zaman dahulu iaitu 1 pikul berharga RM12.  Hal ini dapat menambahkan lagi pendapatan mereka pada masa itu.13



       PERKEMBANGAN DALAM PENDIDIKAN

Pada pra-kemerdekaan, pendidikan telah mula diwujudkan di Kampung Tanjung seperti sekolah Melayu.  Sekolah ini hanya untuk orang-orang dewasa sahaja iaitu dinamakan Sekolah Dewasa. 
Guru yang pertama telah berkhidmat disekolah tersebut ialah Cikgu AhTeik. Pada ketika itu, pelajar-pelajar yang telah tamat pelajarannya pada darjah, pelajar tersebut boleh memohon menjadi guru .  Di mana pada ketika itu,  umur tidak ada had untuk menjadi guru. Manakala Basa Thai juga telah dijalankan di dalam wat-wat siam. Guru yang pertamanya ialah Cikgu Phrak  Phom.  Kemudian, selepas guru tersebut ada pula guru pengganti iaitu Endin Prom.  Seterusnya,  ketika pada zaman Pasca Kemerdekaan pula sistem pendidikan semakin berubah.  Pembangunan sekolah telah mula diwujudkan dan dibina untuk kegunakan pendidikan supaya dapat menampung jumlah pelajar serta dapat memberi keselesaan untuk menuntut ilmu. Seramai 5 orang yang berasal daripada Kampung Tanjung juga telah melanjutkan pelajaran.  Hal ini menunjukkan bahawa  masyarakat siam di kampung ini mempunyai semangat untuk menuntut ilmu hingga ke menara gading.14

   KESIMPULAN

Masyarakat siam di Malaysia kaya dengan warisannya yang tersendiri. Kekayaan warisan masyarakat siam ini dapat melahirkan kepelbagaian warisan dan budaya yang dapat menarik perhatian pelancong dari dalam dan di luar negara bagi melawat ke negeri yang mempunyai masyarakat siam terutamanya di Kampung Tanjung, Mukim Pedu,  Kedah.  Oleh itu, kita perlu berasa bangga kerana negara kita mempunyai pelbagai bangsa.  Dari segi aspek ekonomi pula,banyak sumbangan mereka telah diberi contohnya kini  masyarakat siam sudah bijak untuk mendapatkan pendapatan mereka sendiri.  Pelbagai bidang pekerjaan yang telah mereka cemuri seperti membuka perniagaan sendiri, membuka syarikat sendiri, menjalankan pertanian dan sebgainya.   Kesimpulannya,  masyarakat siam di Kampung Tanjung ini merupakan  sebahagian   daripada kaum-kaum yang terdapat di negeri Kedah serta Negara Malaysia. Walaupun masyarakat siam ini berbentuk kaum mejoriti di negara Malaysia tetapi mereka mendapat layanan yang sama kerajaan neraga Malaysia sama ada dari segi politik ekonomi dan sosial.  




       Wat ini telah dibina sekitar tahun 1950-an untuk kemudahan masyarakat siam menunaikan ibadah mereka di Kampung Tanjung, Mukim Pedu, Kedah.





 Sumber
Lawatan tempat kajian Kampung Tanjung, Mukim Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah 26 Febuari 2016.
Lawatan tempat kajian, Wat Phikulthararam, Kampung Tanjung, Mukim Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah.
Temu ramah penduduk Kampung Tanjung, Mukim Pedu, 06300 Kuala Nerang, Tong Dam A/P Chau Nuan .












Saturday, 4 June 2016

PROGRAM JELAJAH RAMADHAN

Alhamdulillah  program  hari ini berjalan dengan  lancar. Aktiviti  bergotong -royong di Masjid  FELCA Kubang Kenying.   Berkhidmat  selalu..  alpha rovers padang terap.

Thursday, 2 June 2016

SELAMAT HARI GURU 16/05/16

Tahun ini sambutan hari guru sangat  meriah. hebatt Smk Naka,Kedah.  Semua cikgu bersemangat pakai baju sekolah .
Hebatt..  Smk Naka i love u

Kelana Padang Terap

Kami tenaga pengajar.  Selalu berkhidmat
Kelana Padang Terap hebattt ..
AlPHA ROVERS.

Kem

Kem ni mmg best dan baik pengalaman yg dapat .. memang waauuu laaa... haha... rugi sapa x join.. tempat kem pon cantik..  berhampiran dgn sempadan iaitu di gua kelam,perlis. #pra U. Daerah padang  terap, kedah

Saturday, 23 April 2016

MOVIE "THE JUNGLE BOOK"

Aktiviti  menonton  wayang  "the jungle book" bersama  Pengakap Kedah.
Pecah rekod 7/10  panggung  wayang di Aman central,Alir Setar,Kedah penuh dengan pengakap kedahHebatt...
Pengakap dihati ku...
Sentiasa  bersama

Saturday, 27 February 2016

PENGAKAP(KELANA PADANG TERAP)

Banyak kenangan yang telah saya dapat apabila menyertai pengakap. Banyak perkara baru yang saya perolehi. jom libatkan diri dalam aktiviti  yang sihat.

Friday, 5 February 2016

HASIL KARYA KU .

Karya yang telah saya siapkan. Lukisan pemandangan (perspektif ).Anugerah yang Allah telah berikan .Alhamdulillah saya akan manfaat dengan sebaik mungkin. Insya-Allah . Apabila hasil karya sudah siap saya pasti akan rasa sangat gembira kerana berjaya menghasilkan  sebuah karya daripada hasil kerja sendiri.

Wednesday, 3 February 2016

Hobi...hobi .

Ciptaan tuhan sememangnya indah...  😄😄😄😄😄
Taman pokok bukan sahaja boleh lihat keindahannya malah kita dapat menambahkan lagi oksigen.